andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Thursday, June 17, 2010

Memori Sarang Buaya

Tepat pukul 5.30 p.m,aku dan kawan aku bernama zaki, yang bertolak dari Mersing singgah di Kluang untuk mencari bahan dan umpan memancing. Aku terus menarik muka tanpa mempedulik kawan aku kerana lewat dalam perjalanan beliau. Janjinya pukul 4 p.m sudah tiba di Kluang dan jangkaan sampai ke lokasi memancing pada pukul 6 p.m, tetapi harapan tinggal harapan.

Tanganku terus memilih barangan yang perlu dibeli, dan hanya menyapa peniaga yang menjual peralatan memancing (nasib baik amoi cun, jadilah penyejuk hati). Seterusnya perjalanan aku diteruskan ke Lokasi yang tidak kurang jauhnya 60km, seingat aku dapatkah aku turun ke laut hari ini, dengan keadaan hari yang semakin gelap.

Jam menunjukkan waktu yang hampir ke Mahgrib, kata orang tua waktu-waktu macam ini banyak setan-setan keluar. Kesalahan ini semua meletakkan ke atas bahu kawan aku, si zaki pergh silap2 takde bot nak hantar aku ke laut. Masalah ini terus bermain-main dalam fikiran aku, dan menambahkan meluat dengan melihat sikap kawan aku.

Aku meneruskan memandu dalam usaha mengejar waktu untuk tiba di Jeti Sarang Buaya. Sebaik tiba jam menunjukkan 7.45 p.m terus masalah menusukkan ke kalbu memang tiada harapan untuk ke laut. Sampai je ke jeti tanpa memikirkan panjang mengeluarkan barang-barang yang perlu dibawa dan.....

Huh hakikat memang susah untuk ditelan, Pakcik yang seperti dijanjikan untuk membawa aku ke kelong menolak untuk membawa aku berdua kerana hari sudah gelap. Memang mencaci aku pada waktu itu, sekali lagi aku menarik muka dengan zaki dengan harapan yang punah.

Dalam keterpaksaan dan redha dengan apa yang berlaku barang-barang yang sudah dibawa keluar terpaksa aku mengemas untuk dimasukkan kembali dalam kereta. Tetapi aku disapa pakcik yang kemudiannya memberi cadangan untuk menanyakan kepada orang lain iaitu Pak Man yang sanggup untuk menghantar kami berdua.

Dengan menarik nafas lega aku terus meluru ke rumah beliau, pelbagai alasan diberikan kerana lewat dan tawaran aku memang mengharapkan agar Pak Man boleh mengahantar kami ke laut. Kemudian Pak Man bersetuju, aku terus mengucapkan nikmat syukur.

Jam tangan aku menetapkan waktu telah hampir ke pukul 9.00 p.m, air telah pasang menambahkan resah peratusan jumlah ikan yang akan aku bawa pulang. Dan masalah tidak terhenti di situ, diatas bot juga aku diberitahu oleh Pak Man bahawa kelong dilanda ribut dan pondok tidur roboh, pergh masalah lagi kerana terpaksa bermalam dengan berembun.

Harapan aku ialah agar malam ini tidak berlaku sebarang ribut dan hujan yang membolehkan kami basah kuyup dan kesejukan. Tepat pukul 10 aku tiba diatas kelong dan tanpa bicara dengan zaki aku terus meneruskan hobiku mengail. Setelah melalui pelbagai rintangan dapat juga aku ke laut memang tidak disiakan waktu kerana laut semakin surut.

Hampir 3jam mamasang umpan, mengail memang memenatkan seluruh badan, apatah lagi pagi tadi aku sendiri bekerja menolong orang tua aku. Kepenatan melanda, diatas kelong hanya kami berdua sahaja tetapi dalam hati aku berkata 'kalaulah aku tak bertegur dengan zaki sememangnya separuh hari aku tak bercakap ni'. Tanpa mempedulik rasa marah yang kian hilang aku menyapa zaki,

"OK la bro dapat turun ke laut, kalau tak memacing atas darat la kita"

Hari semakin larut dan aku tidur dengan kepenatan atas runtuhan pondok tidur. Malam yang kesejukan hingga tak sedar zaki baring disebelah aku, huh siang dah bergaduh, malam berbaik semula semacam dengan adik-beradik plak.

Moral Cerita : Kawan-kawan untuk dihargai, tak baik gaduh2.







<--  Zaki yang dimaksudkan.
Kpd zaki,sori yea aku temberang sikit cita ni, hehe.

No comments: