andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Wednesday, June 23, 2010

Bola

  • Tahun 2010
  • Tahun 2010 berkaitnya dengan ketaksuban hampir ke semua penduduk dunia, iaitu bola sepak.
  • Bola menjadi subtopik utama dalam mana-mana akhbar,berita mahupun sembangan(perbualan) semua orang di warung2.
  • Tahun 2010 dengan keramaian yang terbesar didunia ini, aku mengharapkan sepanyol menjadi pilihan untuk menjuarainya.
  • Maklumlah jatuhnya tarikh pertandingan bola sepak daripada Persatuan Konfedrasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada waktu cuti semester aku.
  • Kebiasaanya pada musim bola seperti ini merupakan pintu rezeki bagi mereka berniaga, seperti  kedai di warung-warung mamak.
  • Umpama perumpamaan 'Durian Runtuh', dimana peniaga-peniaga ini akan mendapat keuntungan berlipat ganda berbanding jualan harian sebelum, dan selepas musim bola.
  • Tetapi tidak kurang juga hebatnya berita mengenai 'perjudian bola' yang semakin hari terpampang di dada-dada akhbar.
  • Perkara ini amat menyedihkan sehingga timbul fakta hampir 200,000 rakyat Malaysia terlibat dalam judi bola untuk setiap hari.
  • Walaupun begitu usaha keras kerajaan kita yang bertekad untuk menghapuskan perjudian bola merupakan tindakan yang wajar dan amat dihargai.
  • Sekalung ucapan Terima kasih dan syabas untuk kerajaan Malaysia dalam membanteras kegiatan judi ini.
  • Sekian, Wasalam.

No comments: