andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Monday, March 29, 2010

Antara sandiwara lakonan dan tindakan wajar

Pilihanraya kecil kembali lagi, kali ini di Negeri Selangor pula, PRK parlimen Hulu Selangor. Kebiasaannya bila musim pilihanraya tiba pelbagai sandiwara lakonan muncul yang seolah-olah menjadikannya satu kemestian didalam setiap pilihanraya. Lakonan yang dimaksudkan bukanlah lakonan yang memberikan tauladan tetapi lakonan yang akan memberikan kemenangan kepada parti-parti yang bertanding. Ini dibuktikan apabila timbul pelbagai jenis bantuan kepada rakyat, membaiki jalan, menambah jalan yang sedia ada dan perkhabaran dari puteri atau wanita kepada makcik, pakcik. Walhal jika masa tiada pilihanraya tiada apa-apa pun bantuan yang dihulurkan malahan wakil-wakil rakyat tidak pula menjenguk penduduk dikawasannya.
Lakonan sandiwara hanya permainan atau alat untuk mengapai kejayaan.
Ia bukanlah lahir dari perasaan ikhlas seperti tindakan wajar.
Lakonan sandiwara yang cermelang akan membawa satu lagi kejayaan kepada 'pembohongan' pilihanraya.
Ia hanya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat jelata dari tindakan yang wajar.
Lakonan sandiwara juga merupakan satu penipuan dari golongan berkuasa kepada yang lemah.
Adakah kita mahu terus ditipu?
Kini tiba masanya untuk keluar dari semua penipuan ini, undilah parti yang bukan melakonkan drama-drama sandiwara ini.

No comments: