andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Friday, January 8, 2010

Sebutan Kalimah Allah

Emm rasanya baru kelmarin je, aku "post" kan isu penggunaan kalimah Allah, dan hari ni dalam akhbar menyatakan hal yang berkaitan, dimana tindakan untuk membakar tiga gereja di Kuala Lumpur. Tindakan itu lantas kemungkinan daripada mereka yang tidak berpuas hati mengenai keputusan mahkamah yang menyebelahi pihak satu lagi. Walaubagaimanapun adakah ini perkara kita mahu terjadi dalam keharmonian kaum di negara ini? adakah semangat satu Malaysia tidak cukup menyelami didasar hati rakyat? huh letih untuk memikirkannya. aku harap DSN dapat mengubah "1 Malaysia" kepada "1 Islam" yang hanya ber"bin"kan satu sahaja.
*DSN(Datuk Seri Najib)

No comments: