andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Sunday, July 10, 2011

aku dan bersih 2.0.

Dalam perbezaan ideologi politik sememangnya ia tidak akan sama dengan kemahuan dan kepuasan hati bagi setiap individu (manusia). Tetapi dalam pelbagai perbezaan ini terdapat tentang konsep kepada ketuhanan yang mempercayai kepada tuhan yang satu (esa) dan keamanan iaitu (islam). 

Hari ini ramai rakyat Malaysia memperkatakan tentang demostrasi 9 Julai 2011, umumnya pada mereka Bersih 2.0 banyak mendatangkan keburukan berbanding dengan kebaikan. Namun bagi aku sebagai seorang yang sentiasa ingin mempertingkatkan diri dalam mencari sesuatu pendoman dalam hidup *Ketuhanan dan Politik menyatakan Bersih 2.0 memberikan lebih kebaikan dari sudut positif. 

Rakyat sentiasa mengangap bahan berita yang dihidangkan oleh media massa adalah kepada keadaan yang sebenar. Namun bagi aku, aku akan mengingatkan kepada mereka bahawa tanpa pengetahuan yang cukup dalam sesuatu situasi kita tidak boleh mengambilnya sebagai satu kepercayaan yang mutlak.

Oleh itu aku dengan merendah diri aku ingin berkongsi sedikit rakaman bagaimana keadaan/situasi himpunan 9 Julai 2011 kelmarin.



Akhir kata daripada aku, janganlah mempercayai seseorang yang menyertai himpunan 9 Julai 2011 adalah dari mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan. Namun bagi aku daripada kalangan mereka adalah juga terdiri daripada individu yang menyayangi Malaysia dan mahukan penyuburan demokrasi boleh diselami dari semua lapisan Rakyat.

2 comments:

Khairi Mohd said...

Salam bro,

Setuju. :)

En. Kasut said...

wslam..terima kasih, teruskn sokongan anda