andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Tuesday, March 8, 2011

Kerjaya dan Profesion untuk pelajar Pentadbiran dan Pembangunan Tanah

Penafian terhadap karya ini hanyalah satu luahan diriku terhadap masa depan dan bukanlah untuk meletakkan kesalahan terhadap orang lain yang masih hidup atau mati. Pandangan aku terhadap tajuk perbicaraan ini, merupakan sesuatu tanda pertanyaan kepada kawan2 sekelas dan termasuk juga diriku sendiri.

Pertamanya kerjaya dan profesion tidak selalu bergantung dengan pencapaian yang kita raihkan, kadangkala jika berkerja ia langsung tidak berkaitan dengan pelajaran kita.  Setiap pekerjaan itu sentiasa memerlukan pengorbanan yang besar, lalu belajar untuk mengejar cita-cita yang diharapkan hanyalah satu sandaran bukannya kepastian. Oleh itu, terpaksa kita sendiri mencari sendiri penyelesaian dengan berasa redha dengan apa yang direncanakan dalam takdir.

Keduanya kerjaya yang dimaksudkan selalunya menjadi pertikaian pelbagai pihak dimana ia satu kerjaya yang tidak diiktiraf malahan ia tidak langsung memiliki profesion profesional seperti kerjaya yang lain iaitu Peguam, Senibina, Ukur dan pelbagai lagi. Kerjaya yang tidak jelas ini hanyalah menumpang dan menjadi satu kelengkapan kepada sifat profesional yang lain dalam indusrtri pembinaan, pembangunan negara.

Diandaikan jika setiap pemaju (developer) memerlukan mereka yang mahir dalam bidang pentadbiran tanah, maka bekas-bekas pelajar ini boleh mencari makan dalam firma-firma swasta. Juga diandaikan bahawa setiap pemilik tanah memerlukan mereka yang tahu mengendalikan pembangunan tanah maka kerjaya ini akan berkembang dengan mengambil fi profesional dan khidmat perundingan terhadap sesuatu proses pembangunan tanah.

Kerjaya pentadbiran dan pembangunan tanah ini seharusnya tidak terhad dengan mengambil pandangan sebagai kerjaya untuk pentadbir tanah (DO) sahaja. Tidak terlalu keras untuk dikatakan bahawa pelbagai lulusan ijazah lain pun boleh memohon untuk jawatan itu, sepatutnya ianya dikhaskan untuk pelajar-pelajar seperti kami. Namun ia telah dicerobohi agar dapat mengurangkan peluang dan meningkatkan persaingan kepada kami.

Ketiga, setiap langkah yang diambil dalam untuk menangani masalah ini ialah dengan membuka ruang minda pelajar dengan pelbagai aktiviti perniagaan, pertanian, peternakan agar mereka tidak berasa kecewa sesudah menamatkan belajar demi mendapatkan segulung ijazah yang diidamkan.

Oleh itu kata-kata terakhir, aku mengucapkan selamat maju jaya, kredit to all my beloved friends.

No comments: