andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Wednesday, March 16, 2011

Kelakarnya Presiden US.



Melihat aksi lucu dalam gambar diatas menunjukkan bahawa Presiden US, Barrack Hussein Obama sememangnya seorang penghibur dan juga lucu.

Tetapi ingin aku sedarkan bahawa terdapat juga peristiwa lucu selain dari gambar di atas, di mana peristiwa Serangan US ke atas negara-negara Islam, di Iraq dan Afganistan juga merupakan satu Perbuatan yang lucu? 

Demikian tujuan kononya peperangan tersebut untuk melumpuhkan dan memerangi Pengganas. Setelah Barrack Hussein Obama memegang jawatan Presiden US pada 20 Jan 2009, kini dunia semakin meraguinya dalam menyelesaikan konflik di Asia Tengah itu.                                              
Malahan kini dalam tempoh 2 tahun pemerintahan Presiden US(Obama) tidak langsung mengambil tindakan penyelesaian, yang ada cumalah lawatan dan perbincangan sahaja. Tanpa ada sebarang tindakan agresif, ia menambahkan lagi kesengsaraan yang dihadapi rakyat kedua negara tersebut dalam kancah peperangan moden.

Tambahannya pada seketika dahulu, dunia Islam dan khabar amat yakin dan mempercayai bahawa presiden Obama dari keturunan Islam akan membantu sedikit sebanyak dalam menyelesaikan masalah yang timbul dari Pemerintahan Presiden George W. Bush sebelum ini.




Namun demikian ia cuma indah khabar dari rupa. Bagi pendapat aku, sememang Kelakarnya Preseiden US ini.



No comments: