Kosmo  | Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu  bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun.
 Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu  adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang  dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung  berapi baru-baru ini.
 “Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.
 “Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya.  Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu  terserah pada budi bicara mereka,” jelasnya ketika dihubungi di sini  semalam.

 
 
No comments:
Post a Comment