andai suatu hari nanti kamu kenal sungguh pencipta kehidupan, pasti tetap detik kamu mensyukuri nikmatnya.

Ruang Iklan

Monday, January 24, 2011

Sarapan or Breakfast!

Rasa menyesal betul la, membazir pun ada gak, mahu ke tak hari ni sahaja aku bersarapan 3 kali untuk satu pagi jer. Ceritanya macam ni, aku ditugaskan untuk ke Pekan Nenas untuk berjumpa dengan pemilik syarikat Perlombongan, sebelum malam tersebut aku awal2 lagi bagi signal untuk sampai ke tempat kejadian Pukul 9 tepat. Namun jangkaan aku meleset, aku yang tak sabar2 dan tiba lebih awal dari masa yang dijanjikan. Takpe, kata hati aku ni, “aku ni memang orang yang menghargai masa”. Dan kemudian untuk santapan pagi yang pertama aku melayan Roti Jala, 2 set tu aku order. Memang kebiasaan la kalau menyingah ke Pekan Nenas, Restoran  Roti Jala ini memang jadi kegemaraan aku. Seterusnya aku pergilah ke tempat (tempat dirahsiakan) yang telah dijanjikan untuk bertemu dengan owner tersebut. Aku melihat ke arah jam tepat pukul 8.45 pagi. Memang awal kot, takpe aku terus mengeluarkan Nset kesayangan aku dan terus mendial nombor pemilik syarikat itu. Panggilan pertama tiada jawapan, aku redial lagi dan owner tersebut sambut panggilan itu dalam keadaan yang kelam kabut, aku bertanya En S....  Ada dimana? Jawapan yang aku terima memang mengecewakan “Saya masih dirumah, saya minta maaf, boleh tunggu sebentar, saya baru pulang dari kerja, pukul 9.30 saya sampai disana” Pergh memang manusia yang tak menepati masa langsung. Dalam kekeliruan aku menjawab “takpe saya tunggu en yea”. Ke aku yang awal sangat ni? Kekeliruan kronik melanda lagi, apa yang aku nak buat dalam masa 45 minit ini? Aduhai, ahh bisik hati aku layan paper pagi2 ni best gak, tengok berita yang fresh mana tahu kerajaan nak bagi bonus lg ke,huhu. Mencari la aku kedai yang menjual alatan tulis dan buku kat Pekan Nenas namun satu kedai buku yang menjual surat khabar pun aku tak jumpa. Aduhai, takpe la sabar je la, nama pun Pekan jer, lagi satu pun tak beberapa familiar dengan Pekan ini, melainkan restoran Roti Jala tu je yang aku tahu kedudukannya. Em sedang2 aku memikirkan apa yang patut aku buat pagi ni, aku terpandang sebuah warung tepi jalan dari jauh aku usha baik punya, seorang pakcik tengah membelek paper. Ah duduk la kat warung tu, untuk buang waktu kejap, bisikan hati aku lagi, kalau2 boleh dapat paper dari pakcik itu, namun pakcik tersebut memandangkan aku berkata "paper ni sendiri punya dik" argh, baik aku duduk minum, alang2 dan masuk ke warung ni. Sebaik sahaja duduk, aku disapa pelayan “Yea,bang nak minum apa? Huh Comel betul awek ni, terpaku la aku kejap memandang wajahnya, dan kemudian untuk mencover yang kononnya aku ni seorang bisnesman berjaya, so aku orderlah nasi lemak dan Teh O kurang gula. Manalah tahu berkat nasi lemak itu, berturutan ke Jodoh plak, huahua. Selesai sahaja santapan yang kedua ni, aku melihat jam sudah sampai 9.30 pagi, mestilah owner tu dah dekat2 ni, ringing Nset aku membingit dan owner tersebut meminta aku menungu dia ke tempat yang dijanjikan. Sebaik tiba sahaja sampai aku di tegur owner company itu, mengajak aku breakfast ke suatu tempat. Kebetulan ni kali pertama aku berjumpa dengan owner itu, so untuk mengelakkan dari mengecewakan beliau aku menerima jugak tawaran itu. Singgahlah aku ke restoran  yang berdekatan, niat hati aku “kali ni jangan ngada2 nak bersarapan lagi plak, tujuan aku hanya untuk minum sahaja, namun ajakan dan pelawaan owner itu untuk bersarapan sekali dengan dia, dan aku menolak pelawaan itu dengan baik “saya baru lepas makan En, masih kenyang lagi” Tetapi aku rupanya aku berjumpa dengan salah orang ni, owner tersebut orderlah Roti Telur, sama menu pagi dia, huh penat rupanya melayan kerenah manusia ni. Dalam keterpaksaan dan begang aku makan juga roti itu, sambil2 berborak tentang masa hadapan syarikat tersebut yang semakin layu, dan aku pun meminta izin untuk pulang, “En saya kena pulang awal, saya ada kerja yang perlu diuruskan lagi”. Dan bala aku tak berakhir lagi disitu, owner tersebut meletakkan wang sarapan paginya di atas meja, dan berkata “kau tolong bayarkan kat kaunter tu, boleh?” aku dengan penuh perasaan mengambil wang yang diletakkan itu dan membayar di kaunter, lalu meneruskan perjalanan aku lagi, dengan perasaan yang dinyatakan aku membisik pada hati aku, “Dahlah letak duit 2 RINGGIT je, tadi bukan main pandai lagi siap tolong orderkan menu aku, ingatkan nak belanja ke apa, abislah cukup sempurnalah sarapan 3 kali sepagi sahaja, nampaknya kenalah berpuasa sunat aku malam ni.

No comments: